BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

CANTIK...

Bila cerita pasal cantik...mesti ramai perempuan suka bab ini termasuk la aku sebab aku adalah perempuan.... Kadang-kadang ramai yang sanggup habiskan duit demi kecantikan tanpa mengira samaada product yang digunakan itu ada kesan sampingan atau tidak...Bagi aku yang masih budak sekolah ni aku pakai apa yang ada dan yang tersedia..pendek kata '1 product 1 family'...hehehe. Apa yang mak aku beli..., itulah yang aku pakai rasanya tak kira lah pembesih muka ke, pelembab ke, bedak ke dan lain-lain.... bagi aku cantik bukan sebab product yang mahal dan menelan belanja yang banyak tapi cara kita menggunakan product itu dengan teratur serta rajin. Setengah orang, beli product mahal-mahalpun tapi malas dan tidak mengikut peraturan sewaktu menggunakannya, semuapun  tidak akan berkesan... untuk cantik seseorang itu tidak seharusnya malas sebab bila malas semua yang kita rancang dan inginkan tidak akan menjadi dengan sempurna... Contohnya...waktu malam kita terus tidur tanpa membersihkan kulit muka terlebih dahulu kerana malas dan tak ada disiplin. Sikap ini akan membuat kita tidur semasa kulit wajah dalam keadaan tidak bersih serta sempurna..... waktu pagi pula oleh kerana tergesa-gesa hendak pergi kerja, kita juga  membersihkan muka dengan tidak sempurna...Keadaan ini akan membuat kulit wajah kita tidak bersih dan bertambah dari hari ke sehari...sebab-sebab beginilah yang membuatkan kulit muka kita suram dan tidak cantik dipandang.


Bagi aku tak semestinya untuk cantik kita kena keluarkan duit...kalau rajin kita boleh guna bahan-bahan yang sedia ada di rumah atau keliling rumah, contoh timun,  karet, tomato, jambu batu, kunyit, daun lidah jin..hehehe. Pendek kata kita boleh jaga kecantikan kita dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi serta segar di sekeliling kita sahaja...contohnya:- Untuk memberikan kulit wajah kita segar serta besih...kita boleh parut timun dan tempekkan ke kulit muka kita... Aku dah try da...ianya berkesan. kulit jadi halus dan segar. Untuk kulit yang berminyak kita boleh perahkan sedikit limau kedalam parutan timun tadi serta tempekkan ke kulit yang berminyak... InsyaAllah jika kita amalkan mesti kita akan dapat melihat kesan kebaikannya....begitu juga karet, tomato dan dan jambu batu. kita guna kaedah yang sama untuk kecantikan kita. Aku suka cara ni bila aku ada masa lapang.. tapi kalau aku kesuntukan masa aku lebih suka guna cara moden sahaja iaitu gunakan pembersih dan pelembab yang dibeli dekat pasaraya sahaja...hehehe. Biasanya aku guna cara 'semulajadi' ni ialah semasa waktu cuti sahaja.


Selain itu aku juga suka guna petua-petua orang tua-tua dahulu khasnya petua2 yang mak aku bagi..seperti guna air beras untuk buat bedak (seakan-akan masker) sebelum waktu tidur..hehehe cara yang selalu aku gunakan... Caranya senang sahaja..Setiap kali kita membersihkan beras, air bersihan pertama tu kita simpan di dalam satu bekas. Bila air beras tersebut mendak ia akan menjadi dua lapisan iaitu selapis kecil(seakan-akan air tepung) dan satu lapisan jernih. Kita buang lapisan air yang jernih dan tinggalkan lapisan yang seakan-akan tepung tadi... Tambahkan air bersih lagi dan biarkan ia mendak semula...lakukan ini selama tiga kali atau lebih untuk mendapat  air bedak yang bersih. Biasanya aku gunakan ini pada waktu malam selepas selesai solat Isyak dan bila aku da rasa mengantuk nak tidur...hehehe. Jangan lupa baca 'selawat ke atas nabi', sebelum menggunakan cara ni, ambil berkat okey. 'Bukan  la aku nak kata yang aku cantik pula bila guna cara ni tapi kalau korang nak tahu kulit aku jarang ditumbuhi jerawat bila aku gunakan cara ni. lepas tu ada orang kata kulit aku berseri-seri tau...hehehe, bukan senang nak dapat pujian sebegini..;-)


Ada lagi cara lain yang aku gunakan iaitu bersihkan muka dengan air teh...ala, bukan teh yang manis tu tapi teh uncang tu, kita rendam teh uncang tu dan gunakan air rendaman tu untuk basuh muka kita. Boleh juga kita gunakan serbuk teh biasa tetapi kita kena guna tapis la untuk mengasingkan serbuk teh tu. Insyaallah kulit muka akan cantik dan berseri-seri bila kita gunakan cara ini. Aku guna kaedah ni seminggu sekali je, kalau tidak mesti bising mak aku..hehehe. Lagi satu, bila korang makan tembikai jangan buang kulit tembikai tersebut, kan kulit tembikai tu ada lapisan isi yang  berwarna putih tu. Orang jarang makan tu kecuali orang tu buruk....?hehehe. korang ambil lapisan berwarna putih tu, cincang2 sedikit dan gosok kebahagian kulit muka seakan-akan kita membersihkan kulit muka. Biarkan ia kering di kulit kita, kemudian baru kita bersihkan dengan air bersih...Cara  ni boleh buat hari-hari, itupun kalau korang hari-hari makan tembikai la..hehehe. Cara nipun bagus, selain kita tak membazir bila beli tembikai kita juga akan dapat lihat hasilnya bila kita gunakan cara ini. Isyaallah kulit muka akan bersih secara semulajadi dan beseri-seri dipandang...;-)


Da banyak aku berceloteh tentang bab kecantikan ni.. len kali kalau ada masa aku cerita lagi sebab aku suka dengar petua-petua dari orang tua-tua kita tentang bab kecantikan ni dan aku sering mencuba dan amalkan...Bagi aku kecantikan ni bukan dari segi kecantikan fizikal sahaja yang kita kena titik beratkan, ia merangkumi beberapa aspek seperti kecantikan wajah tidak akan terpancar sekiranya tiada kecantikan di hati, betul tak. Hati kena dijaga supaya bersih dan murni. jauhkan diri dari sikap, dengki, cemburu dan irihati dengan orang lain kerana ini bukan sahaja mengotorkan hati, tetapi secara lansung menyakiti diri sendiri, sentiasa memaafkan orang lain, sentiasa berbaik sangka dengan orang lain, dan sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri sebab apala gunanya cantik jika kita tidak sihat dan sentiasa sakit. Rajin-rajin la bersenam walaupun cuma senaman ringan, jaga makan dan yang paling penting ialah berzikrullah sentiasa.....Ingat kita hanya bisa merancang tapi Allah yang menentukan....Tanpa Allah, siapalah kita di dunia ini...

TOLONG LA AKU YA ALLAH....

Sekarang baru aku dapat belajar dengan tenang dan aman..terima kasih ya Allah atas segalanya... Aku ingin ruang kosongku terisi dengan ilmu...aku tak ingin membazirkan waktu yang cuma tinggal sekelumit cuma. Tolong lah aku ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini...jangan biar diriku terleka dengan mimpi-mimpi indah yang hanya seketika..... Aku sedar yang mimpi itu hanya mainan tidur sementara aku terjaga. Aku tidak mahu diriku dibelenggu oleh mimpi yang panjang...syukur ya Allah kerana menerangi ku daripada kegelapan.....Tanpa keredhaan dan kasih sayangMu..., siapalah aku di duniamu yang penuh dengan onak dan duri ini.....




BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM.....


Ya Allah ya Rahman, ya Rahim....
Ampunilah segala dosa-dosaku juga 
dosa kedua orang tuaku

Berikanlah aku petunjuk serta 
serta jalan yang lurus lagi benar..
Dekatkanlah aku kepada perkara-perkara
yang baik serta jauhilah aku
dari perkara-perkara yang buruk
lagi dikeji Allah

Ya Allah ya Tuhanku..
berikanlah aku ketenangan
hati dan fikiran juga tebalkanlah
kesabaranku dalam menempuh
cabaran hidup di buniMu ya Allah

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...
limpahkanlah olehMu kepadaku
nikmat kurniaanMu...
Permurahkanlah rezekiku serta
tebalkanlah keimananku
terhadapMu..

Hanya padaMu ya Allah..
tempatku memohon dan meminta...
kerana aku tahu Engkau maha Pengasih 
lagi maha Penyayang... juga maha berkuasa
di dunia ini...
oleh itu perkenankanlah
permintaanku ini....

Aminnn.....
Ya Rabbal A'lamin..



Aku percaya...sesungguhnya dalam duka pasti ada kebahagiaan dan dalam kegelapan pasti ada sinar dan dalam sinar pasti ada cahaya yang menerangi.......'jangan lekas berputus asa..' Good luck Qasihnurchenta..;-)

BILA CINTA DI DUSTAI.....

Hari ini lapang sikit bab baru habis 'trial exam'... rasa nak cerita pasal  "Bila Cinta Di Dustai." Mana-mana kawan yang tak puas hati pasal aku taknak berbaik lagi dengan seseorang tu, bacalah apa yang aku tulis dan percayalah korang tak akan faham apa yang aku rasakan sebab bukan korang yang alaminya.... Buat seseorang tu pulak....Udahlah2 tu....tak payah nak menipu aku lagi..."dah terang lagi bersuluh." Takder maknanya dan tak ada gunapun....kalau tipu atau tidaknya, kerana aku tetap dengan keputusanku.... aku tak akan kembali semula pada kau lagi, cukuplah2 apa yang telah engkau lakukan padaku...sampai sekarang aku masih tidak boleh lupakan...biarlah engkau nak berlakun depan orang lain yang engkaulah orang yang paling setia sekali dalam percintaan, orang yang mulia, naif dan pe2 je lah... engkau persalahkanlah aku habisan2..aku tak kesah sebab hanya aku sahaja yang merasanya..bukan orang lain...Orang lain cuma lihat dari sudut mata kasar sahaja tetapi yang merasainya adalah aku. Orang lain hanya melihat pengakhirannya tetapi awalan dan pertengahannya hanya aku yang tahu. Aku tetap aku, takkan mudah berpatah arah apabila aku telah membuat keputusan...kecuali Tuhan yang bisa merubahkan segalanya....


Terserahlah apa orang lain ingin perkatakan...aku ada pengganti barulah, aku ada orang lainlah...itu korang yang kata tapi bukan aku...Aku, hanya aku sahaja yang mengetahui apa di hati ini... Orang ingat cinta macam tukar baju ke? mungkin korang macam tu kot tapi aku tidak sekali...Bila aku bercinta...aku jujur, setia dan menyayangi..... Bukan mudah aku menerima cinta seseorang di hati ini dan bukan mudah juga untuk aku melupakan cinta...tetapi semuanya sudah suratan.... aku bukan boneka. Aku manusia...punya rasa, punya hati, punya perasaan... 'sekali aku terluka...tak mudah disembuhkan walaupun dibaluti dengan jutaan balutan.....


Biarkan aku begini...aku lebih gembira begini...sendiri dan terus sendiri...walaupun ada insan yang ingin mengisi kekosongan hati ini namun aku lebih gembira dengan keadaanku sekarang...maaf..., bukan niatku menghampakan tapi aku masih belum bersedia sebab aku tak sanggup hadapi kekecewaan lagi. Aku lebih tenang sekarang untuk meneruskan kerjayaku yang masih belum menemui detinasinya.... Aku harap Allah meredhai aku dan keputusan aku ini...Tanpamu Allah, siapalah aku di duniamu ini....






Andainya di takdirkan...
cintamu didustai...
Pastinya kau mengerti..
siksanya perpisahan...
Hanyalah di temani sesalan....

BUSY SIKIT..



Da lama update blog aku...da penuh sawang, lipas semut dan macam-macam lagi.. Selepas raya   sibuk nak hadapi 'trial exam'...fuh berpeluh jugak nak jawab soalan...huhuhu. Last paper esok. Apapun aku harap resultnya adalah yang mengembirakan aku dan family. Walaubagaimanapun aku tetap kena berusaha lebih tekun untuk pepereksaan stpm yang tinggal lebih kurang dua bulan setengah  lagi..agar mendapat keputusan yang  mengembirakan serta boleh menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi..InsyaAllah.


Buat masa sekarang tak ada idea nak menulis sebab banyak idea nak guna dalam exam nanti..hehehe. Tak tahu nak buat apa? nak ambil lagu lah rasanya




hehehe....best an lagu ni....;D