BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKU DA PANDAI DRIVE...

Pejam celik, pejam celik da 8 bulan lebih aku memandu sendiri ke sekolah, biasanya mak aku yang hantar walaupun aku da ambil lesen kereta sejak dari tahun lepas... Rasa tak percaya pulak..hehehe. Dulu aku punya la takut, punyalah tak berani...rasa macam mimpi pulak yang harini aku da mahir memandu... Aku da berani memandu jauh da. Kalau ikutkan aku tak mahu drive aritu tapi mengenangkan mak aku tak berapa sihat.., ayah aku pulak tak dapat ikut sebab tiba-tiba kena panggil kerja, terpaksa jugak aku memandu sampai Lumut.. Alhamdulillah...kerana selamat sampai ke destinasi masa tu. Rasa lega ada.. rasa banggapun ada..hehehe.


Teringat lagi masa mula-mula belajar memandu dulu.. sebelum ayah aku hantar aku ke kelas mamandu...ayahlah yang ajar aku bawa kereta dekat depan rumah. Pendek kata ayah akulah "guru pertama aku' sebelum dier hantar kat driving school. Jenuh aku kena tengking dengan ayah, biasalah ayah aku... kalau bukan suka bising-bising, bukan lah dier namanya. Masa tu ayah bawak keluar kererta kat depan rumah.. mula-mula dier perkenalkan mana break, mana gear dan mana klas. Mula-mula aku boring jugak ayah aku asyik suruh aku hafal benda yang sama je... bila dier suruh tekan break, kena tekan break, bila dier suruh tekan klas, kena tekan klas. Boring giler betul masa tu.., kemudian ajar masuk gear pulak, kalau tak ikut sikit je cakap dier, siaplah kena bising dengan ayah aku...Lepas tu ayah aku suruh aku on swich kereta. Bila on ayah aku suruh aku masuk gear 1, asyik jalan kedepan kemudian suruh aku undur ke belakang. Itulah pelajaran aku, jalan, undur, jalan undur...hehehe. biasalah kawasan depan rumah bukannya luas, sempit jer. Masa tu hari hujan rintik, mak aku macam risau je kat pintu tengok ayah aku ajar aku bawa kereta.. Dekat 2jam jugak aku dalam kereta masa tu, baru boleh masuk rumah. Lawak jugak bila ingat semua tu...lepas tu ayah aku ajar aku bawa kereta pulak kat jalan kampung...masatu punyalah mengelabah aku asyik pandang cermin sisi kiri, kanan dan belakang  je kerjanya. Asyik pakai gear 1 dan dua jer. Kadang-kadang terjerit-jerit ayah aku suruh tukar gear..hehehe... Bila da tahu semua serba sedikit, barulah ayah aku hantar ke kelas memandu....


Dekat kelas memandu aku senang sikit nak faham apa yang diajar.. Paling geram tak sampai 3 minggu belajar da nak kena test. Parking aku terus lulus tapi test jalanraya aku gagal...jenuh aku kena bising dengan ayah aku sebab seminggu sebelum test, hari-hari ayah aku ajar bawak kat jalanraya, Ikut jalan batu gajah. Dier ingat aku boleh terus lulus dengan sekali test, rupa-rupanya mengecewkan sebab aku gemuruh bila pegawai jpj duk sebelah aku...hehehe. Alamdulillah...kali kedua aku test jalanraya...terus je berjaya.. Barulah ayah aku boleh tersenyum.... Bila ingat semua ni 'lucu betul'... Bukan senang nak dapat lesen 'P'...




Macam ni la masa aku mula-mula masuk kelas memandu dulu..hehehehe:.)....takut, ngelabah, nak terkencing, semua ada... Tak ada idea da nak tulis.. Apapun bagi sesiapa yang nak belajar memandu tu..try your best.. Dont gave up..hehe

AKU DA KUAT DAN STABIL, MAK AYAH JANGAN RISAU....

Aku dah kuat dan stabil sekarang. Terima kasih Allah kerana memberiku kekuatan menempoh segalanya dengan redha. Berkat nasihat dari family, guru-guru serta kawan-kawan rapat, aku berjaya tempuhi semua ini dengan sabar dan tabah. Aku mesti kuat....semuanya ada dalam diriku, kalau aku pilih tabah.., tabahlah yang aku dapat..., kalau aku pilih lemah, lemahlah yang melingkari diri ini. Aku tak mahu 'lemah' yang melingkari hidupku. Aku ingin berjaya, aku ingin jadi orang berguna...'selamat tinggal 'cinta'...pergi jauh dari hidupku....jangan kau nak lemahkan aku. Aku dah sedar sekarang......Berarti aku akan bangun.., bangun agar aku dapat membena semula kekuatanku...




Mak, ayah..., jangan risaukan aku.., aku dah kuat dan stabil sekarang. Akukan anak mak dan ayah...aku percaya mesti mak dan ayah tau sejauh mana kekuatanku..... sekarang aku dah pulih mak.., percayalah.. anakmu tak akan mengecewakanmu........

PERNAH TAK KORANG TERIMA KAD RAYA BERISI BEDAK??...HEHEHE..

Pernah tak korang terima kad raya yang diisi bedak?? Ni la aku nak cerita ni... Arinipun aku boring giler tak tahu apa nak dibuat. Time2 pertengahan puasa ni teringat pulak kad raya. Zaman sekarang ni jarang da terima kad raya sebab orang da pandai guna handphone dan internet untuk post kad raya...hehe, berbalik pasal kad raya berisi bedak tadi... cerita ni masa aku bersekolah menengah rendah. Time tu time da dekat nak raya dan last sekolah sebab cuti. Balik dari sekolah dengan gembiranya...terus je buka kad raya yang diberi oleh rakan sebaya. Masa tu kipas meja tengah pasang, al maklumlah, panas-panas baru balik sekolah. Tengah buka tetiba je serbuk bedak tu tertiup oleh kipas ke arah muka...apalagi, terbatuk-batuk la aku sampai rasa nak tercabut nyawa..hehehe.. Nasib baik hidup lagi sampai sekarang...




Sampai sekarang aku masih ingat lagi bila tiap-tiap kali nak raya...Sekarang masing-masing dah besar...kawan aku tupun dah berlajar kat KL dah..hehe. Dah tak ingat nak hantar  kad raya dekat aku dah...hehehe. Tak per...aku faham....semua orang sibuk sekarang...sama macam aku jugak...


Hehehe...tak ada idea dah...Pada kawan-kawan yang terbaca blog aku nih..aku ucapkan "selamat hari raya Aidil Fitri", "Maaf Zahir Batin"...

BEGINI KESUDAHANNYA CINTA KITA....

Tak sangka sekelip mata sahaja "hubungan itu hancur..." Bukan aku yang pinta jadi begini...semuanya engkau yang inginkan....engkau yang pilih begitu... Aku masih ingat lagi..'last' pertemuan kita ialah semasa "birthday" aku. Masa tu engkau layan aku begitu istimewa...rasa terharu aku. Engkau belanja aku makan KFC...engkau bawa aku jalan-jalan kat Gunung Lang dan engkau hadiahkan aku "selindang' khas buat hari lahirku...Aku sungguh gembira yang tak terkira hari itu.... Masa "pertemuan itu" engkau ada beritahu pada aku..." selepas ini kita tak dapat nak 'date' da dan mungkin jarang 'mesej' dah sebab peperiksaan STPM da nak hampir dan masa tupun dah dekat 'mid year exam'....Aku terima sebab akupun nak tumpu pada pelajaran jugak. Aku faham tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar...Aku tak kesah semua tu sebab kalau tak 'sms' atau 'datepun' kita 'hari-hari'akan jumpa kat sekolah. Kita kan satu kelas... engkau duduk depan aku jer...Aku tak kesah semua tu...janji kita sama-sama belajar dan capai cita-cita kita dulu... Aku ni jenis yang boleh tolak ansur orangnya....


Esoknya kita sekolah seperti biasa. Masa tu 'form six' sibuk buat 'kem kesedaran' untuk budak-budak menengah rendah...malam tidur kat sekolah... besoknya aku 'sakit kepala'... minta tolong engkau belikan 'panadol'...nasib baik lega.. Tamat kem kesedaran..sibuk lagi..., dengan 'exam la,..dengan sukan la..fuh memang memenatkan. Satu malam tu..tetiba je engkau hantar 'sms'...bunyinya macam ni,,"antara kita da tak sehaluan lagi"...akupun tak faham maksud engkau. tak sehaluan sebab apa??? 'memang lansung tak faham'. Yang aku faham..tak mesej sebab nak belajar...


Habis bab itu...da okey balik... Masa tu da sibuk nak 'mid year exam'... Lagi aku tak faham...hari-hari masa exam engkau mesej aku tanya esok exam  paper apa yer??? Begitulah seterusnya...setiap hari..Yang aku pelik...jadual pereksa cikgu bagi aku dah 'photostat' dan dah beri sorang satu...Pelik.."itu ker yang engkau "cakap..stop mesej sebab nak exam. Pasal exampun engkau tak tahu... malam selanjutnya mula buat aku rasa bengang..."kami bergaduh kecil lagi...tiba-tiba  engkau mesej "Mera, cepatlah..esok exam kertas apa??" Sekarang baru aku tahu sebab mengapa perangai engkau berubah... dah layan perempuan lain rupanya... Tak mengapa.., aku sabar lagi sebab engkau cakap mera tu cuma kawan mesej engkau je..tak ada hubungan apa-apa.... 


Bila-bila hari lain kalau tak silap masa cuti sekolah engkau mesej lagi..minta aku lupakan engkau..engkau dah taknak dah nak bercinta-cinta ni sebab nak belajar..nak exam.. Aku tak kesahpun..aku tak pernah kaco-kaco engkaupun hantar mesej. Dua kali engkau cakap benda yang sama..minta aku lupakan engkau....Last-last engkau minta maaf balik sebab engkau kata.., engkau silap sebab dengar pendapat kawan...aku ni asyik bersabar jer..... Hari-hari lain kalau mesejpun semua menyakitkan hati aku jer.. Da cakap tak nak mesej sebab nak study...study jer lah...jangan bagi orang tekanan... bila aku 'naik geram'..aku minta engkau pula lupakan aku pula...Mula-mula engkau macam terima lepas tu engkau merayu dan cakap..semoga kita dapat perbaiki hubungan kita kembali... Engkau cakap engkau tak ada pompuan lain selain aku..engkau tak curangpun dengan aku... 


Minggu pertama cuti sekolah..masa tu cikgu ada buat kelas tambahan kat sekolah....disebabkan nak perbaiki perhubungan aku ambil hati engkau dengan  pakai tudung pemberian hari jadi yang engkau beri...pagi tu aku lihat engkau macam gembira je tengok aku pakai pemberian engkau...sebelah petang semasa aku tengah tusyen engkau hantar mesej menyakiti hatiku.... Engkau suruh aku padam gambar-gambar engkau kat fb lah, engkau kata aku kurang ajar lah...terganggu betul tusyen aku hari itu ...sedih dan seribu satu macam lagi....bingung...kadang-kadang rasa macam aku bercinta dengan orang sakit jiwa...mungkin sebab selama menjalinkan hubungan dengan aku engkau sering 'bersumpah' dan berbohong dengan aku...pasal itulah engkau jadi macam ni...macam-macam engkau berjanji dengan aku..bersumpah tak akan contact lagi 'bekas awek' engkau...engkau 'contact' jugak...Siang aku teman engkau kat 'hospital' masa engkau  kena denggi..malam engkau contact dengan 'bekas awek'...sampai 'bekas awek' engkau tulis status kat fb tentang engkau..berbunyi mcm ni;"Hari ini ex-bf aku call aku, dier kena demam denggi.Bila sakit jer, ingat aku...ada awek...macam tak tak ada awek"..geram betul aku baca status tu...da berapa kali engkau buat aku sakit hati...dan da berapa kali aku bersabar.... Tapi petang itu selepas tusyen aku da tak boleh bersabar lagi...banyak hari aku berfikir masak-masak....engkau asyik menggaggu fikiran aku jer...mcm ni ke yang engkau katakan..berhenti mesej..sebab nak exam???? Bila aku habis fikir, aku ingin pulangkan semua barang-barang engkau pada ku... Aku minta nasihat salah seorang guru kat sekolah...Diapun beri pendapat yang sama..masa tu ada kelas tambahan lagi... Walaupun aku ada mesej engkau minta ambil barang-barang engkau tapi engkau tak datang..aku mesej lagi..kalau engkau tak datang aku nak hantar sendiri kerumah
engkau. Akhirnya..engkau akur...Aku letak beg yang berisi barang-barang yang engkau beri pada aku dalam raga motorsikal engkau dan terus berlalu...Aku tak menoleh ke belakang dah...cuma yang aku dengar samar-samar dari belakang  engkau ucap 'terima kasih' dengan nada sebak... engkau ingat aku tak sebak ke...da cukup-cukup engkau sakiti hatiku, tipu aku dan bersumpah dengan aku...bukan aku suruhpun engkau bersumpah..Engkau sendiri yang buat.., engkau sendiri yang tak larat nak patuhi sumpah yang engkau buat.


Lepas aku dah pulangkan barang-barang engkau.., aku da tak peduli da engkau nak jadi apapun jadilah.., tapi itu kata-kata masa tengah geram....tak sampai di hatipun. Bila da lega aku balik fikirkan engkau, fikirkan kenapa boleh jadi macam ni..fikirkan apa da jadi dengan engkau dan macam-macam lagi tapi bila ingat balik mesej engkau yang menyakitkan hati....terus aku keraskan hati... Engkaupun langsung tak peduli aku...Lansung tak reti nak minta maaf kat aku tapi bila ingat yang engkau dah ada awek baru...aku pujuk hati aku sendiri...biarlah dia..mungkin sibuk mesej dengan awek baru...mana pedulikan aku...


Sementara itu kat fb kakak engkau ada mesej aku, bertanya khabar tentang hubungan aku dengan engkau... Aku cerita segalanya tanpa segan silu sebab sebelum ni engkau ada bawa aku jumpa kakak-kakak engkau. Kakak engkaupun tak tahu nak kata apa-apa...cuma dia manasihati aku supaya bersabar dan tumpukan pada pelajaran, sebab stpm dah kian hampir. Hari yang lain abang ipar engkaupun ada mesej aku tanya hal yang sama... Diapun beri nasihat yang sama. Aku betuah sebab dapat 'suport' dari ramai orang termasuk, family, guru-guru yang rapat dan teman-teman...Insyallah aku akan cuba.


Cuti sekolah da tamat...esoknya aku 'start' sekolah semula. Aku berdoa..semoga aku tabah kat sekolah. kat sekolah engkau asyik toleh-toleh kat belakang pandang aku jer..rasa rimas ada gerampun ada, macam kat muka aku ni ada 'nota pelajaran' je gayanya ..sesekali dengar engkau menyanyi lagu jiwang orang putus cinta yang di dendangkan oleh penyanyi kumpulan, kalau tak silap aku"Andai Dapat Ku Undur Masa"-AXL'L. Kadang-kadang aku dengar sok sik, sok sik kat kawan sebelah... kata aku yang salah...'nak kata aku jugak yang salah'...tapi tak nak pula cerita siapa yang mulakan.. Hari-hari macam tu lah yang terpaksa aku tanggung kat sekolah.. Apa tujuan engkau tengok-tengok aku lagi??? Da ada awek baru, buatlah cara da ada awek...pandang aku buat apa???


Bila-bila di hari yang lain aku dengar kawan-kawan sekelas aku sembang-sembang(gosip) engkau dating dengan awek baru kat tempat letak motor. Walaupun aku sedih tapi aku buat seolah-olah aku tak dengar apa-apa. Entah macamana aku dengar engkau melenting.." Korang ni tak habis-habis nak musnahkan hidup aku je...Dari aku ada awek sampai aku da tak ada apa-apa dengan awek aku..korang masih nak sibuk-sibuk hal aku...saja je nak hubungan aku lagi teruk"....Aku malas nak dengar.., senyap-senyap aku lari pergi ke surau dan duduk diam-diam kat situ sampai semuanya reda...Dalam hati aku bebisik.."tahu pulak nak bela diri sendiri...selama 'caple' dengan aku dulu tak tahu pulak nak bela diri bila orang kata. Pelik betul.


Hari yang lain aku dengar kawan-kawan gosip engkau date lagi kat tempat letak motor. Aku sabar je banyak-banyak. Lantak engkau la apa engkau nak buat...engkau ada hak....Masalahnya jangan ganggu hidup aku lagi....


Entah apa 'motif' engkau..ada budak 'india' dalam kelas tu beritahu aku 'budak perempuan' tu bukan awek dia..tapi 'sepupu' dia... sedap sikit hati aku. Rasa macam aku nak baik balik dengan engkau..Ada lah aku tegur engkau sepatah. Lepas tu aku bagi salinan 'nota' graf kat engkau dengan tulis sikit nota.."good luck for stpm, study smart dan take care. Gembira betul engkau masa tu..da macam 'kerang busuk' aku tengok...hehehe


Sehari dua lepas tu Aku dengar lagi kawan-kawan gosip yang engkau jumpa awek lagi kat tempat biasa...Sedih aku dengar..Baru je aku nak berjinak-jinak balik engkau buat buat hal lagi...Sedih hati aku hanya Tuhan yang tahu..Petang tu waktu aku online..Abang ipar engkau ada tegur aku kat mesej. Tanya khabar aku??? Peluang ini aku ambil untuk bertanya satu-satunya soalan yang aku keliru. Aku takut aku silap. Aku tanya abg ipar engkau betul ke mera tu sepupu engkau? Diapun tak kenal siapa...katanya yang dia tahu "Mera" tu awek  baru engkau...(engkau yang cakap, katanya) Soalan dah terjawab..apa yang aku tak pasti kini sudah jelas. Sedihnya hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu...nampak sangat engkau tak habis-habis nak membohongi aku je kerjanya. Sekarang baru aku faham kenapa engkau beriya-iya sangat takut aku ada contact abang ipar engkau dulu... Tak mengapalah...engkau buat lah apa yang engkau nak buat cukup-cukup. Layan la seberapa ramai perempuan yang engkau suka...kitapun dah tak ada apa-apa hubungan dah...


Cukup-cukup dah engkau buat aku menderita..."kebaikan yang aku curahkan selama ini engkau tak hargai langsung... Tak mengapalah..aku tak kesah semua itu...semoga selepas ini engkau bahagia dengan 'sidia'.., teman barumu. Jangan jadikan 'dia' patung atau boneka..macam engkau buat padaku dulu... Belajarlah memberi kasih sayang...jangan asyik nak menerima sahaja...




Hidup perlukan pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
kejayaan pula menentukan kebahagiaan
Semoga Allah meredhaiku.......

AKU NI SOMBONG KE????

Orang kata "tak kenal maka tak cinta"...itulah yang aku nak cerita kat sini. Sesetengah orang anggap aku sombong....sebenarnya aku taklah macam yang orang sangka-sangkakan Jangan pandang dari mata kasar sahaja. 'Try' kenali aku, rapat dengan aku dan fahami aku..baru tau siapa aku. Tak ada apa yang aku nak sombongkan...aku bukan orang kayapun. Ayah aku hanya pekerja biasa sahaja di sektor kerajaan. Mak aku pula tak bekerja, "suri rumah sepenuh masa.". Adk beradikpun aku miskin cuma akulah satu-satunya yang ada. Akulah kakak, akulah adik, dan akulah abang..hehehe. Susah tau..., semua aku nak jadi. Pasal tu aku jadi macam ni agaknya. Hidup aku selalu sunyi...gembira tengok orang lain 'riang ketawa dengan adik-beradik yang lain. Ada tempat nak mengadu masalah, ada tempat nak cerita suka duka dan sebagainya....macam aku kalau ada masalah semua kena tanggung sendiri.kadang-kadang cerita gak pada rakan-rakan tapi bukan semua yang kita boleh cerita kepada kawan-kawan sebab bukan semua kawan boleh simpan rahsia kita...kadang-kadang aku cerita pada mak aku tapi bukan semua kita boleh cerita kat mak kita kerana fikiran mereka lain. Zaman mereka muda belum ada 'internet lagi..hehehe...Apapun aku bersyukur dapat seorang ibu macam mak aku...selalu nasihat aku tanpa jemu...walaupun kadang kala aku ni degil jugak..huhu.


Aku sebenarnya bukan sombong, mungkin cara didikan aku sebagai anak tunggal yang membuatkan orang sangka aku begitu. Sebenarnya walaupun aku 'tunggal dalam keluarga' mak dan ayah aku tak memanjakan aku sangat. Akupun tak tahu kenapa..tpi mungkin supaya aku dapat menjaga diri sendiri apabila aku da bersekolah kot?? Rasanya betul la kot sebab mula-mula aku menjejakkan kaki kat sekolah..aku tak menangis macam anak-anak yang lain..(mak aku cerita la...bukan auta..hehe). Bila remajapun aku tau jaga diri dengan baik. Pilih kawan yang baik-baik sahaja dan ikut peraturan sekolah dengan sempurna..hehehe.


Perangai sebenar aku...kadang-kadang periang, kadang-kadang serious dan kadang-kadang biasa(dalam lain erti macam "tak kesahlah"..hehe.). Aku senang mesra dengan orang lain..walaupun baru kenal. Kawan-kawan yang da mengenali aku  mesti tau macammana perangai aku...an? Amacam?..Ok kan?..hehe. Tu la...jangan cepat salah sangka bila melihat luaran seseorang..Bak kata angah aku (abang angkat aku)..."janji hati baik.."..hehe.


Aku tak nak jadi sombong...Allah benci orang yang sombong. Walaubagaimanapun aku taknak pulak jadi 'orang gila'..asyik "tersengih sentiasa..hehehe. Apa-apapun..kita jangan 'ambil mudah' senang-senang tuduh seseorang itu sombong sebelum mengenali orang tersebut. Kadang-kadang luaran boleh tipu apa yang tersirat didalam...hehehe

STPM OH...STPM..

Diam tak diam da bulan Ogos...bermakna STPM kian dekat menghampiriku...Banyak lagi yang perlu di 'prepair'..huhuhu. Banyak pulak cabaran yang datang pada aku tahun ini.. Mungkin ini dugaan Allah...huhuhu...kena terima dan redha. Insyaallah aku akan cuba perbaiki diriku dengan sebaik mungkin sebelum STPM muncul di depan mataku. Ya Allah berilah aku kekuatan. Kisah lepas biarlah ia berlalu dan pegi jauh dari hidupku..biarkan aku hidup tenang serta dapat meneruskan perjuanganku menghadapimu STPM.


                 Mana hilang janjiku?
                 Mana pergi cita-citaku??
                 Mana tembok kekuatanku???
                 Mana semangatku????

                 Datanglah kembali padaku..
                 Datang dekat padaku 
                 Aku membutuhkanmu
                 Aku memerlukanmu..
                 Aku dambakan kekuatanmu....

                 Selama ini aku terleka
                 Selama ini aku tertipu dengan kata
                 Selama ini aku dibuai mimpi indah
                 Yang hanya sementara

                 Kini aku tersedar dari lamunan
                 yang panjang..
                 Kini aku terjaga dari tidurku
                 Kini baru hatiku terbuka
                 Dari mendambakan dusta...

                 Syukur ya Allah
                 Syukur ya Rahman 
                 Syukur ya Rahhim....

                                
Aku ingin berjaya......"aku ingin kotakan apa yang dikata". Mak ayah, maafkan aku sekiraya selama ini aku tidak mendengar nasihatmu...Aku bantah teguranmu..aku silap mak, aku silap ayah...Sekarang aku da dapat pengajarannya....Aku masih ingat mak, ayah...korang bedua pernah tegur aku.."Belajar dulu...Capai dulu cita-cita..baru bercinta....bercinta masa berlajar ni tak sesuai....nanti mengganggu pelajaran...tapi aku degil, aku teruskan juga niatku..aku kenalkan dia dgn mereka...aku minta kebenaran keluar dari mereka dgn ditemani kawan-kawan...Aku tahu mak ayah aku tak berapa suka dengan perlakuanku tetapi mereka izinkan demi kerana menjaga hatiku dan kawan-kawanku. Sekarang baru aku tahu dan faham kenapa mereka pernah menghalang aku suatu ketika dulu...Aku minta ampun, aku minta maaf..mak,ayah. Aku menyesal...aku betul-betul insaf. Baru aku tahu betapa pedihnya dan betapa sakitnya pabila 'putus cinta.


Di kesempatan yang ada ini aku harap aku masih ada peluang untuk tebus kesalahanku, tebus kekhilapanku. Aku akan cuba berubah..., aku akn cuba lupakan 'dia' dari memori hidupku. Aku akan belajar bersungguh-sungguh demi cita-citaku dan keluargaku. "Ya Allah..ampunilah dosa-dosaku.., berilah aku kekuatan dan tabahkanlah hatiku dalam melalui liku-liku hidup ini yang penuh dengan onak dan duri.... 


                                                                                                                                                                          
MAAFKAN AKU YA ALLAH..KIRA HATI TAK SEMPURNA MENYINTAIMU...

ALLAH MELERAIKAN SEGALA YANG TERKUSUT.....

Alhamdulillah....dalam bulan puasa ini banyak kebaikan yang aku dapati...mungkin inilah yang dikatakan rahmat Allah berlimpah-ruah di dalam bulan ramadhan al-Mubbarak ini... Aku selalu berdoa pada Allah.."andai kata "dia"(teman lelaki)..adalah yang terbaik untukku...Engkau teruskanlah perhubungan kami sehingga akhirnya.., dan jika dia bukan yang terbaik untukku.., Engkau berilah aku petunjuk agar aku cepat sedar dari lamunanku. Alhamdulillah...satu demi satu Allah tunjukkan padaku. Alhamdulillah sesangat ya Allah. Mungkin ini pengajaran baru bagiku..walaupun ianya sakit bak dihiris sembilu namun sekurang-kurangnya aku cepat sedar dan tidak berharap  atau menantimu suatu masa nanti...Biarlah engkau dengan dunia engkau...dan aku dengan dunia aku.... Semoga engkau bahagia selalu di sampingnya...Aku tidak menyimpan apa-apa perasaan dendam padamu...mungkin ini suratan takdir......






Cukup-cukuplah apa yang engkau telah lakukan...aku tidak mahu engkau berbohong lagi dengan aku....persoalan sudahpun terjawab...kalau dulu aku cuma dengar cerita dari kawan-kawan tapi kali ini dari mulut  abang iparmu sendiri....Segala yang terkusut sudahpun terlerai dan aku terima segalanya dengan redha...maafkan kiranya aku pernah membuat kesilapan terhadapmu selama ini...

SALAM RAMADHAN.

Ramadhan datang lagi..Dia bawa anak-anaknya yang bernama puasa,terawih, tadarus, qiamulail...layanlah dia dengan layanan yang terbaik...Agar kita perolehi yang terbaik daripadanya...

Bila datang ramadhan., teringat zaman aku kecil-kecil dulu...masa tu aku tak mengerti 'apa itu ramadhan?' Yang aku tahu aku lihat mak ayah aku tak makan pada waktu siang hari.., waktu malam baru makan sama-sama dengan berbagai juadah di atas meja, pergi surau ramai-ramai, bunyi mercun sana sini...masa tu aku tinggal bersama dengan atok dan aruah opah lagi..suasana kampung memang best masa tu. Aku jadi seronok untuk berpuasa kerana pada masa itu...siapa yang tak berpuasa akan makan berasingan iaitu selepas orang lain berbuka...hehehe..mana boleh jadi.., asyik kena makan kemudian jer..hehe. Dari situ mula semangat aku nak berpuasa...
Aku 'start' berpuasa masa aku berumur 6 tahun, masa tu aku bersekolah tadika lagi. First time aku puasa...mak aku cerita...aku dpat tahan sampai waktu zohor jer..lepas tu aku terus berbuka...begitulah hari-hari yang aku buat.. mak dan ayah aku selalu bagi semangat pada aku...dari berbuka waktu zohor, aku dpat lepasi waktu asar dan seterusnya aku dapat berpuasa sepenuh hari.. bangga sungguh masa tu tapi badan aku melepek keletihan. Lepas berbuka aku terus tidur sampai siang..bab mak dan ayah aku kesian nak bangunkan aku bersahur..hehe..kumpul-kumpul puasa masa tu dapat la aku berpuasa penuh selama 6 hari...hehehe. Itupun da rasa bangga sangat.. Bila hari raya..dapat rm 20 ringgit sebab upah puasa..hehe...Itu dulu..semuanya tinggal kenangan....Bila opah meninggal...akupun pindah ke tempat baru yang  bagi aku...semuanya berlainan, semuanya tiada keseronokan lagi...zaman indah kanak-kanakku ialah zaman semasa aruah opahku masih ada..huhuhu.."semoga Allah mncucuri rahmat ke atas roh opahku dan semoga dia ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..Aminnnn.




Hari ni first day aku berpuasa...penat, letih, semua ada..hehehe. tak tau nak tulis apa-apa da...merepek bukan-bukan nanti, kurang pulak pahala puasa aku..k, la aku ucapkan 'selamat berpuasa' kepada semua yang mengenali aku...."Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kita semua..Amin.."