BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKU NI SOMBONG KE????

Orang kata "tak kenal maka tak cinta"...itulah yang aku nak cerita kat sini. Sesetengah orang anggap aku sombong....sebenarnya aku taklah macam yang orang sangka-sangkakan Jangan pandang dari mata kasar sahaja. 'Try' kenali aku, rapat dengan aku dan fahami aku..baru tau siapa aku. Tak ada apa yang aku nak sombongkan...aku bukan orang kayapun. Ayah aku hanya pekerja biasa sahaja di sektor kerajaan. Mak aku pula tak bekerja, "suri rumah sepenuh masa.". Adk beradikpun aku miskin cuma akulah satu-satunya yang ada. Akulah kakak, akulah adik, dan akulah abang..hehehe. Susah tau..., semua aku nak jadi. Pasal tu aku jadi macam ni agaknya. Hidup aku selalu sunyi...gembira tengok orang lain 'riang ketawa dengan adik-beradik yang lain. Ada tempat nak mengadu masalah, ada tempat nak cerita suka duka dan sebagainya....macam aku kalau ada masalah semua kena tanggung sendiri.kadang-kadang cerita gak pada rakan-rakan tapi bukan semua yang kita boleh cerita kepada kawan-kawan sebab bukan semua kawan boleh simpan rahsia kita...kadang-kadang aku cerita pada mak aku tapi bukan semua kita boleh cerita kat mak kita kerana fikiran mereka lain. Zaman mereka muda belum ada 'internet lagi..hehehe...Apapun aku bersyukur dapat seorang ibu macam mak aku...selalu nasihat aku tanpa jemu...walaupun kadang kala aku ni degil jugak..huhu.


Aku sebenarnya bukan sombong, mungkin cara didikan aku sebagai anak tunggal yang membuatkan orang sangka aku begitu. Sebenarnya walaupun aku 'tunggal dalam keluarga' mak dan ayah aku tak memanjakan aku sangat. Akupun tak tahu kenapa..tpi mungkin supaya aku dapat menjaga diri sendiri apabila aku da bersekolah kot?? Rasanya betul la kot sebab mula-mula aku menjejakkan kaki kat sekolah..aku tak menangis macam anak-anak yang lain..(mak aku cerita la...bukan auta..hehe). Bila remajapun aku tau jaga diri dengan baik. Pilih kawan yang baik-baik sahaja dan ikut peraturan sekolah dengan sempurna..hehehe.


Perangai sebenar aku...kadang-kadang periang, kadang-kadang serious dan kadang-kadang biasa(dalam lain erti macam "tak kesahlah"..hehe.). Aku senang mesra dengan orang lain..walaupun baru kenal. Kawan-kawan yang da mengenali aku  mesti tau macammana perangai aku...an? Amacam?..Ok kan?..hehe. Tu la...jangan cepat salah sangka bila melihat luaran seseorang..Bak kata angah aku (abang angkat aku)..."janji hati baik.."..hehe.


Aku tak nak jadi sombong...Allah benci orang yang sombong. Walaubagaimanapun aku taknak pulak jadi 'orang gila'..asyik "tersengih sentiasa..hehehe. Apa-apapun..kita jangan 'ambil mudah' senang-senang tuduh seseorang itu sombong sebelum mengenali orang tersebut. Kadang-kadang luaran boleh tipu apa yang tersirat didalam...hehehe

0 comments: