BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AKU DA PANDAI DRIVE...

Pejam celik, pejam celik da 8 bulan lebih aku memandu sendiri ke sekolah, biasanya mak aku yang hantar walaupun aku da ambil lesen kereta sejak dari tahun lepas... Rasa tak percaya pulak..hehehe. Dulu aku punya la takut, punyalah tak berani...rasa macam mimpi pulak yang harini aku da mahir memandu... Aku da berani memandu jauh da. Kalau ikutkan aku tak mahu drive aritu tapi mengenangkan mak aku tak berapa sihat.., ayah aku pulak tak dapat ikut sebab tiba-tiba kena panggil kerja, terpaksa jugak aku memandu sampai Lumut.. Alhamdulillah...kerana selamat sampai ke destinasi masa tu. Rasa lega ada.. rasa banggapun ada..hehehe.


Teringat lagi masa mula-mula belajar memandu dulu.. sebelum ayah aku hantar aku ke kelas mamandu...ayahlah yang ajar aku bawa kereta dekat depan rumah. Pendek kata ayah akulah "guru pertama aku' sebelum dier hantar kat driving school. Jenuh aku kena tengking dengan ayah, biasalah ayah aku... kalau bukan suka bising-bising, bukan lah dier namanya. Masa tu ayah bawak keluar kererta kat depan rumah.. mula-mula dier perkenalkan mana break, mana gear dan mana klas. Mula-mula aku boring jugak ayah aku asyik suruh aku hafal benda yang sama je... bila dier suruh tekan break, kena tekan break, bila dier suruh tekan klas, kena tekan klas. Boring giler betul masa tu.., kemudian ajar masuk gear pulak, kalau tak ikut sikit je cakap dier, siaplah kena bising dengan ayah aku...Lepas tu ayah aku suruh aku on swich kereta. Bila on ayah aku suruh aku masuk gear 1, asyik jalan kedepan kemudian suruh aku undur ke belakang. Itulah pelajaran aku, jalan, undur, jalan undur...hehehe. biasalah kawasan depan rumah bukannya luas, sempit jer. Masa tu hari hujan rintik, mak aku macam risau je kat pintu tengok ayah aku ajar aku bawa kereta.. Dekat 2jam jugak aku dalam kereta masa tu, baru boleh masuk rumah. Lawak jugak bila ingat semua tu...lepas tu ayah aku ajar aku bawa kereta pulak kat jalan kampung...masatu punyalah mengelabah aku asyik pandang cermin sisi kiri, kanan dan belakang  je kerjanya. Asyik pakai gear 1 dan dua jer. Kadang-kadang terjerit-jerit ayah aku suruh tukar gear..hehehe... Bila da tahu semua serba sedikit, barulah ayah aku hantar ke kelas memandu....


Dekat kelas memandu aku senang sikit nak faham apa yang diajar.. Paling geram tak sampai 3 minggu belajar da nak kena test. Parking aku terus lulus tapi test jalanraya aku gagal...jenuh aku kena bising dengan ayah aku sebab seminggu sebelum test, hari-hari ayah aku ajar bawak kat jalanraya, Ikut jalan batu gajah. Dier ingat aku boleh terus lulus dengan sekali test, rupa-rupanya mengecewkan sebab aku gemuruh bila pegawai jpj duk sebelah aku...hehehe. Alamdulillah...kali kedua aku test jalanraya...terus je berjaya.. Barulah ayah aku boleh tersenyum.... Bila ingat semua ni 'lucu betul'... Bukan senang nak dapat lesen 'P'...




Macam ni la masa aku mula-mula masuk kelas memandu dulu..hehehehe:.)....takut, ngelabah, nak terkencing, semua ada... Tak ada idea da nak tulis.. Apapun bagi sesiapa yang nak belajar memandu tu..try your best.. Dont gave up..hehe

2 comments:

Pak Tam a.k.a Brother Bear said...

untunglah awak da ley drive....sy drive pon x pkai lesen pon..2 pon lpas jew smpai ke kl....

Qasehnur Chinta said...

Terer tu...Lesen, insuran, cukai jalan semua Sdn. Bhd..hehehehe:P