Musim cuti sekolah kian hampir menuju ke saat2 penghujungnya...sudah tentu keadaan jalan raya makin sesak,menyebabkan kesesakan lalu lintas membatasi kelancaran pergerakan kenderaan ..Al maklum ajerlah..masa2 last minit cam ni la kebanyakkan family suka membeli belah barang2 untuk persekolahan anak2 mereka.Walaupun penbelian di saat2 akhir lebih menguntungkan kerana banyak kompleks beli-belah yang menurunkan harga barangan mereka untuk menghabiskan stok sediaada...Namun bagi pandangan aku persediaan di saat akhir ini hanyalah memeritkan mana tidaknyer,membeli belah dalam keadaan terdesak dan semuanya mahu cepat.Mana yang sedap dipandang,itulah yang dibeli.Tiada perancangan awal yang dibuat..Ditambah pula dengan keadaan orang ramai yang berasak2 membeli belah membuatkan kepala ini terasa sedikit pening.Boleh dikatakan kebanyakkan yang suka membeli belah ni majoritinya kaum 'hawa'..kalo nampak barang yang ader diskaun sikit menapak sampai 3 kilometer pon x kan sedar..biaserla perempuan..hehehe. mengata kaum sendiri lak.. kaum 'adam' pon sama je..tiada bezanyer...:-P
Apepun ikotlah kata hati korang...yang mana lebih mudah,membeli di saat awal or di saat akhir...perancangan yang teratur mampu memudahkan segala urusan berjalan dengan lancar..Terutama perancangan perjalanan yang dilakukan..Walau di mana pun kite berada,tidak kiralah jarak antara kompleks beli-belah dan rumah dekat mahupun jauh..Kite sebagai pengguna jalan raya haruslah berhati2 memastikan keadaan kenderaaan berada dalam keadaan yang selamat. pastikan kite memakai seatbelt/helmet,membawa kenderaan ikut had laju yang ditetapkan,tidak melanggar aturan lampu isyarat,tidak memotong sesuke hati yepp tanpa sebarang signal..INGAT TAW!!!Jangan da terhantuk baru terngadah:-) berhati2 k..Ingatlah orang yang tersayang.. Namun disebalik ini semua..kite harus berwaspada dengan kenderaan lain..mana la nak taw kan,kadang2 kite da menjaga keselamatan sehabis baik,tetapi kite harus ingat"malang itu tak berbau"..kalo berbau senangla kite nak elakkan???hahahaha..:-D So,bagi yang Islam,sebelom memandu tu..bacelah doa k?Doa semasa menaiki kenderaan kalo lupe or x taw sekalipun bace "Bismillahirrahmanirrahim" pon sudah memadai..bukannyer ape2...tetapi seharusnye kite amalkan doa sebelum memulakan ape2 pon keje..moga kita dilindungi oleh-Nya setiap hari ok??? senang je kan nak berhati??:-) ok lah sebelum tamat entry ni..Saya nak ucapkan terima kasih pada yang sudi membaca entry ni
..SELAMAT BERAMAL k.................:-)
berhati2 di jalan raya yerrrr....
Hangout bersama Adik angkat VS Adik sedara...
Kebosanan melanda diri ini!!!! tiba2 handphoneku berbunyi,sudah dapat ku syaki nada dering yang sudah pastinyer menandakan isyarat mesej yang aku terima.. Dengan pantas aku mendapatkan handphoneku sebelum deringan tersebut terhenti..Firasatku menyangkakan bahawa mesej tersebut datangnyer dari sahabat handaiku..Rupanya fikiranku meleset sama sekali.Ternyata yang mesejku itu ialah adik saudaraku,dia mengajak aku menonton filem baru di pawagam..Di awal cadangannyer dia ingin menonton filem Songlap/Alvin And The Chipmunks 3. Kebetulan dalam masa yang sama aku telah mempelawa adik angkatku menonton wayang.. Oleh kerana dia juga turut mempunyai kelapangan masa,akhirnyer dia bersetuju dengan pelawaanku itu. Cadangan pada awalnyer untuk menonton filem yang dihajati oleh adik sedaraku terbatal dek kerana permintaan adik angkatku yang ingin menonton filem Ombak Rindu..aku juga turut setuju dengan cadangannyer kerana aku juga masih belum menonton filem tersebut yang dikatakan paling gempak di pawagam sekarang ni sehingga mencecah lebih 9 juta itu melalui sumber yang aku dapati. Kesudahannya kami membuat kata sepakat menonton filem Ombak Rindu juga walaupun adik sedaraku telah menonton filem tersebut sebelumnya...
Setelah menontonnya ternyata memang filem ini aderla filem melayu yang paling best aku tonton sebelum ini..Tidak hairanlah seandainya filem ini mendapat kutipan terbanyak..kerana bagi aku filemyer berjaya menambat hati penonton. Saat aku menonton filem tersebut ada adegan yang mampu membuatkan kite hampir mengalirkan air mata..n ade jugak part yang membuatkan kite turut serta membuai perasaan sama seperti di dalam filem..Seolah2 kite yang berada di dalam filem tersebut..hehehe.. Tahniah kepada pengarah filem tersebut kerana telah berjaya meningkatkan produktivi karya filem tempatan di negara kita ini..:-)Rasanya kalau tonton 2 kali pon filem yang sama tu x akan beri kesan bosan pon..hehehe...Lepastu p singgah popular cari novel2 dengan mereka...adik angkat aku lak sibuk mencari komik,katenyer komik lagi best dari novel..novel x der gambar,komik ader gambar ndan lebih ke arah komedi yang bisa mencuit hati...sedangkan novel katanyer bosan kerana dek tulisannyer yang rapat2 n perlu melayan pelbagai emosi melalui bacaannyer dah la tu lambat mahu habis kerana tebal.Baca komik korea romantis yang di translate dalam malay edition lagi best akak...itu pendapat adik angkatku..namun bagiku,novel lagi best,lagi aku membaca,lagi x sabar mahu mengetahui part seterusnyer...Walaupun x der gambar tapi aku still leh bayangkan seolah2 aku yang sedang melalui situasi di dalam penghayatan tersebut..hmm..biaserla orang berbagai2 cite rasanyer..kalau x masakan kain pon berbagai corak & berbagai warna kan???hehehehehe
Kemudian dah selesai tengok wayang dan membeli novel;komik...
mulalah giliran unuk mengisi perut pula..sambil tunggu makanan yang order siap,sempat lagi amik2 gambar da macam2 rupe je..hehehe..tengok ni :-
Dah selesai makan,apa lagi 'gendang gedut tali kecapi'kenyang perut suka hati ma' baru nampak muka ada senyum..hehehe..Selesai sumenyer yang di hajati di Jusco..kami p hirup udara segar pula dekat Padang Polo..wah!! tenang rasenyer melihat pokok2 nan menghijau dan suasana yang cantik...da tabiat memang minat bergambar..ape lagi..macam2 la posingnyer:-
Aktiviti Mengisi Masa Lapang
BERAKHIRNYA PEPERIKSAAN DAN ZAMAN PERSEKOLAHANKU....
Fuh...Lega rasanya exam dapun tamat.., Bermakna berakhirlah sudah zaman persekolahanku dan bermulalah "era pengangguran' dalam hidupku sementara menunggu peluang untuk meneruskan pelajaran. Betapa lapangnya dadaku setelah semuanya selesai walaupun masih ada perasaan risau terhadap 'result' yang bakal di ketahui lebih kurang 2 atau 3 bulan dari sekarang. Bila teringat peperiksaan, bimbangnya aku pada pelajaran sejarah dan pengajian am yang memang betul-betul susah. tak tahulah apa keputusan yang bakal ku perolehi nanti...terserahlah pada Allah yang menentukan, mudah-mudahan nasib yang baik menyebelahiku, itu sajalah yang bisa ku doakan kehadrat Ilahi...
biasalah..., nama lagi peperiksaan, mesti ada susah dan mesti ada senang. kalau tak, bukan peperiksaanlah namanya...hehehe
Biasalah..., seperti anak-anak remaja lain, bila habis peperiksaan mesti nak enjoy untuk melepaskan 'tension' setelah berhempas pulas di dewan peperiksaan. Begitulah juga dengan aku....Mulalah buat plan nak berjalan-jalan, tengok wayang, berkelah dan macam-macam lagi nak pegi...hehehe. Dalam sebok rancang, semalam sangkut jugak pergi jalan-jalan dengan member ke Gunung Lang, best juga kat sana, cuti-cuti sekolah ni ramai jugak orang walaupun bukan hujung minggu. Maka dapatlah posing-posing kat sana macam kat bawah ni...hehehehe