BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Hangout bersama Adik angkat VS Adik sedara...

      Kebosanan melanda diri ini!!!! tiba2 handphoneku berbunyi,sudah dapat ku syaki nada dering yang sudah pastinyer menandakan isyarat mesej yang aku terima.. Dengan pantas aku mendapatkan handphoneku sebelum deringan tersebut terhenti..Firasatku menyangkakan bahawa mesej tersebut datangnyer dari sahabat handaiku..Rupanya fikiranku meleset sama sekali.Ternyata yang mesejku itu ialah adik saudaraku,dia mengajak aku menonton filem baru di pawagam..Di awal cadangannyer dia ingin menonton filem Songlap/Alvin And The Chipmunks 3. Kebetulan dalam masa yang sama aku telah mempelawa adik angkatku menonton wayang.. Oleh kerana dia juga turut mempunyai kelapangan masa,akhirnyer dia bersetuju dengan pelawaanku itu. Cadangan pada awalnyer untuk menonton filem yang dihajati oleh adik sedaraku terbatal dek kerana permintaan adik angkatku yang ingin menonton filem Ombak Rindu..aku juga turut setuju dengan cadangannyer kerana aku juga masih belum menonton filem tersebut yang dikatakan paling gempak di pawagam sekarang ni sehingga mencecah lebih 9 juta itu melalui sumber yang aku dapati. Kesudahannya kami membuat kata sepakat menonton filem Ombak Rindu juga walaupun adik sedaraku telah menonton filem tersebut sebelumnya...


      Setelah menontonnya ternyata memang filem ini aderla filem melayu yang paling best aku tonton sebelum ini..Tidak hairanlah seandainya filem ini mendapat kutipan terbanyak..kerana bagi aku filemyer berjaya menambat hati penonton. Saat aku menonton filem tersebut ada adegan yang mampu membuatkan kite hampir mengalirkan air mata..n ade jugak part yang membuatkan kite turut serta membuai perasaan sama seperti di dalam filem..Seolah2 kite yang berada di dalam filem tersebut..hehehe.. Tahniah kepada pengarah filem tersebut kerana telah berjaya meningkatkan produktivi karya filem tempatan di negara kita ini..:-)Rasanya kalau tonton 2 kali pon filem yang sama tu x akan beri kesan bosan pon..hehehe...Lepastu p singgah popular cari novel2 dengan mereka...adik angkat aku lak sibuk mencari komik,katenyer komik lagi best dari novel..novel x der gambar,komik ader gambar ndan lebih ke arah komedi yang bisa mencuit hati...sedangkan novel katanyer bosan kerana dek tulisannyer yang rapat2 n perlu melayan pelbagai emosi melalui bacaannyer dah la tu lambat mahu habis kerana tebal.Baca komik korea romantis yang di translate dalam malay edition lagi best akak...itu pendapat adik angkatku..namun bagiku,novel lagi best,lagi aku membaca,lagi x sabar mahu mengetahui part seterusnyer...Walaupun x der gambar tapi aku still leh bayangkan seolah2 aku yang sedang melalui situasi di dalam penghayatan tersebut..hmm..biaserla orang berbagai2 cite rasanyer..kalau x masakan kain pon berbagai corak & berbagai warna kan???hehehehehe


      Kemudian dah selesai tengok wayang dan membeli novel;komik...
mulalah giliran unuk mengisi perut pula..sambil tunggu makanan yang order siap,sempat lagi amik2 gambar da macam2 rupe je..hehehe..tengok ni :-
     



             



        Selepas da siap makanan, masing2 khusyuk makan,mana x nyer perut da lapar sesangat..sampai amik gambar pon da x nak pandang camera..kalo pandang pon cam nak x nak je...:-)








    Dah selesai makan,apa lagi 'gendang gedut tali kecapi'kenyang perut suka hati ma' baru nampak muka ada senyum..hehehe..Selesai sumenyer yang di hajati di Jusco..kami p hirup udara segar pula dekat Padang Polo..wah!! tenang rasenyer melihat pokok2 nan menghijau dan suasana yang cantik...da tabiat memang minat bergambar..ape lagi..macam2 la posingnyer:-







hahahaha...sama X muka...:-)

Hmmmm..ape lagi jom balik............:-p


HEHEHE...best dapat jalan2 dengan korang dik,nanti if akak free time kite hangout lagi ye,kelapangan masa itu bermakna sekiranya kite tahu memanafaatkannyer..  So, pada musim cuti persekolahan ni &,di masa2 lapang ni p la makan angin bersama insan & keluarga tersayang k...sekurang2nye mampu menghilangkan kebosanan sekaligus merapatkan sillaturahim sesama kite:-)hehehe





0 comments: