BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

CANTIK...

Bila cerita pasal cantik...mesti ramai perempuan suka bab ini termasuk la aku sebab aku adalah perempuan.... Kadang-kadang ramai yang sanggup habiskan duit demi kecantikan tanpa mengira samaada product yang digunakan itu ada kesan sampingan atau tidak...Bagi aku yang masih budak sekolah ni aku pakai apa yang ada dan yang tersedia..pendek kata '1 product 1 family'...hehehe. Apa yang mak aku beli..., itulah yang aku pakai rasanya tak kira lah pembesih muka ke, pelembab ke, bedak ke dan lain-lain.... bagi aku cantik bukan sebab product yang mahal dan menelan belanja yang banyak tapi cara kita menggunakan product itu dengan teratur serta rajin. Setengah orang, beli product mahal-mahalpun tapi malas dan tidak mengikut peraturan sewaktu menggunakannya, semuapun  tidak akan berkesan... untuk cantik seseorang itu tidak seharusnya malas sebab bila malas semua yang kita rancang dan inginkan tidak akan menjadi dengan sempurna... Contohnya...waktu malam kita terus tidur tanpa membersihkan kulit muka terlebih dahulu kerana malas dan tak ada disiplin. Sikap ini akan membuat kita tidur semasa kulit wajah dalam keadaan tidak bersih serta sempurna..... waktu pagi pula oleh kerana tergesa-gesa hendak pergi kerja, kita juga  membersihkan muka dengan tidak sempurna...Keadaan ini akan membuat kulit wajah kita tidak bersih dan bertambah dari hari ke sehari...sebab-sebab beginilah yang membuatkan kulit muka kita suram dan tidak cantik dipandang.


Bagi aku tak semestinya untuk cantik kita kena keluarkan duit...kalau rajin kita boleh guna bahan-bahan yang sedia ada di rumah atau keliling rumah, contoh timun,  karet, tomato, jambu batu, kunyit, daun lidah jin..hehehe. Pendek kata kita boleh jaga kecantikan kita dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi serta segar di sekeliling kita sahaja...contohnya:- Untuk memberikan kulit wajah kita segar serta besih...kita boleh parut timun dan tempekkan ke kulit muka kita... Aku dah try da...ianya berkesan. kulit jadi halus dan segar. Untuk kulit yang berminyak kita boleh perahkan sedikit limau kedalam parutan timun tadi serta tempekkan ke kulit yang berminyak... InsyaAllah jika kita amalkan mesti kita akan dapat melihat kesan kebaikannya....begitu juga karet, tomato dan dan jambu batu. kita guna kaedah yang sama untuk kecantikan kita. Aku suka cara ni bila aku ada masa lapang.. tapi kalau aku kesuntukan masa aku lebih suka guna cara moden sahaja iaitu gunakan pembersih dan pelembab yang dibeli dekat pasaraya sahaja...hehehe. Biasanya aku guna cara 'semulajadi' ni ialah semasa waktu cuti sahaja.


Selain itu aku juga suka guna petua-petua orang tua-tua dahulu khasnya petua2 yang mak aku bagi..seperti guna air beras untuk buat bedak (seakan-akan masker) sebelum waktu tidur..hehehe cara yang selalu aku gunakan... Caranya senang sahaja..Setiap kali kita membersihkan beras, air bersihan pertama tu kita simpan di dalam satu bekas. Bila air beras tersebut mendak ia akan menjadi dua lapisan iaitu selapis kecil(seakan-akan air tepung) dan satu lapisan jernih. Kita buang lapisan air yang jernih dan tinggalkan lapisan yang seakan-akan tepung tadi... Tambahkan air bersih lagi dan biarkan ia mendak semula...lakukan ini selama tiga kali atau lebih untuk mendapat  air bedak yang bersih. Biasanya aku gunakan ini pada waktu malam selepas selesai solat Isyak dan bila aku da rasa mengantuk nak tidur...hehehe. Jangan lupa baca 'selawat ke atas nabi', sebelum menggunakan cara ni, ambil berkat okey. 'Bukan  la aku nak kata yang aku cantik pula bila guna cara ni tapi kalau korang nak tahu kulit aku jarang ditumbuhi jerawat bila aku gunakan cara ni. lepas tu ada orang kata kulit aku berseri-seri tau...hehehe, bukan senang nak dapat pujian sebegini..;-)


Ada lagi cara lain yang aku gunakan iaitu bersihkan muka dengan air teh...ala, bukan teh yang manis tu tapi teh uncang tu, kita rendam teh uncang tu dan gunakan air rendaman tu untuk basuh muka kita. Boleh juga kita gunakan serbuk teh biasa tetapi kita kena guna tapis la untuk mengasingkan serbuk teh tu. Insyaallah kulit muka akan cantik dan berseri-seri bila kita gunakan cara ini. Aku guna kaedah ni seminggu sekali je, kalau tidak mesti bising mak aku..hehehe. Lagi satu, bila korang makan tembikai jangan buang kulit tembikai tersebut, kan kulit tembikai tu ada lapisan isi yang  berwarna putih tu. Orang jarang makan tu kecuali orang tu buruk....?hehehe. korang ambil lapisan berwarna putih tu, cincang2 sedikit dan gosok kebahagian kulit muka seakan-akan kita membersihkan kulit muka. Biarkan ia kering di kulit kita, kemudian baru kita bersihkan dengan air bersih...Cara  ni boleh buat hari-hari, itupun kalau korang hari-hari makan tembikai la..hehehe. Cara nipun bagus, selain kita tak membazir bila beli tembikai kita juga akan dapat lihat hasilnya bila kita gunakan cara ini. Isyaallah kulit muka akan bersih secara semulajadi dan beseri-seri dipandang...;-)


Da banyak aku berceloteh tentang bab kecantikan ni.. len kali kalau ada masa aku cerita lagi sebab aku suka dengar petua-petua dari orang tua-tua kita tentang bab kecantikan ni dan aku sering mencuba dan amalkan...Bagi aku kecantikan ni bukan dari segi kecantikan fizikal sahaja yang kita kena titik beratkan, ia merangkumi beberapa aspek seperti kecantikan wajah tidak akan terpancar sekiranya tiada kecantikan di hati, betul tak. Hati kena dijaga supaya bersih dan murni. jauhkan diri dari sikap, dengki, cemburu dan irihati dengan orang lain kerana ini bukan sahaja mengotorkan hati, tetapi secara lansung menyakiti diri sendiri, sentiasa memaafkan orang lain, sentiasa berbaik sangka dengan orang lain, dan sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri sebab apala gunanya cantik jika kita tidak sihat dan sentiasa sakit. Rajin-rajin la bersenam walaupun cuma senaman ringan, jaga makan dan yang paling penting ialah berzikrullah sentiasa.....Ingat kita hanya bisa merancang tapi Allah yang menentukan....Tanpa Allah, siapalah kita di dunia ini...

0 comments: