BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SALAM RAMADHAN.

Ramadhan datang lagi..Dia bawa anak-anaknya yang bernama puasa,terawih, tadarus, qiamulail...layanlah dia dengan layanan yang terbaik...Agar kita perolehi yang terbaik daripadanya...

Bila datang ramadhan., teringat zaman aku kecil-kecil dulu...masa tu aku tak mengerti 'apa itu ramadhan?' Yang aku tahu aku lihat mak ayah aku tak makan pada waktu siang hari.., waktu malam baru makan sama-sama dengan berbagai juadah di atas meja, pergi surau ramai-ramai, bunyi mercun sana sini...masa tu aku tinggal bersama dengan atok dan aruah opah lagi..suasana kampung memang best masa tu. Aku jadi seronok untuk berpuasa kerana pada masa itu...siapa yang tak berpuasa akan makan berasingan iaitu selepas orang lain berbuka...hehehe..mana boleh jadi.., asyik kena makan kemudian jer..hehe. Dari situ mula semangat aku nak berpuasa...
Aku 'start' berpuasa masa aku berumur 6 tahun, masa tu aku bersekolah tadika lagi. First time aku puasa...mak aku cerita...aku dpat tahan sampai waktu zohor jer..lepas tu aku terus berbuka...begitulah hari-hari yang aku buat.. mak dan ayah aku selalu bagi semangat pada aku...dari berbuka waktu zohor, aku dpat lepasi waktu asar dan seterusnya aku dapat berpuasa sepenuh hari.. bangga sungguh masa tu tapi badan aku melepek keletihan. Lepas berbuka aku terus tidur sampai siang..bab mak dan ayah aku kesian nak bangunkan aku bersahur..hehe..kumpul-kumpul puasa masa tu dapat la aku berpuasa penuh selama 6 hari...hehehe. Itupun da rasa bangga sangat.. Bila hari raya..dapat rm 20 ringgit sebab upah puasa..hehe...Itu dulu..semuanya tinggal kenangan....Bila opah meninggal...akupun pindah ke tempat baru yang  bagi aku...semuanya berlainan, semuanya tiada keseronokan lagi...zaman indah kanak-kanakku ialah zaman semasa aruah opahku masih ada..huhuhu.."semoga Allah mncucuri rahmat ke atas roh opahku dan semoga dia ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..Aminnnn.




Hari ni first day aku berpuasa...penat, letih, semua ada..hehehe. tak tau nak tulis apa-apa da...merepek bukan-bukan nanti, kurang pulak pahala puasa aku..k, la aku ucapkan 'selamat berpuasa' kepada semua yang mengenali aku...."Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kita semua..Amin.."

0 comments: