BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

BEGINI KESUDAHANNYA CINTA KITA....

Tak sangka sekelip mata sahaja "hubungan itu hancur..." Bukan aku yang pinta jadi begini...semuanya engkau yang inginkan....engkau yang pilih begitu... Aku masih ingat lagi..'last' pertemuan kita ialah semasa "birthday" aku. Masa tu engkau layan aku begitu istimewa...rasa terharu aku. Engkau belanja aku makan KFC...engkau bawa aku jalan-jalan kat Gunung Lang dan engkau hadiahkan aku "selindang' khas buat hari lahirku...Aku sungguh gembira yang tak terkira hari itu.... Masa "pertemuan itu" engkau ada beritahu pada aku..." selepas ini kita tak dapat nak 'date' da dan mungkin jarang 'mesej' dah sebab peperiksaan STPM da nak hampir dan masa tupun dah dekat 'mid year exam'....Aku terima sebab akupun nak tumpu pada pelajaran jugak. Aku faham tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar...Aku tak kesah semua tu sebab kalau tak 'sms' atau 'datepun' kita 'hari-hari'akan jumpa kat sekolah. Kita kan satu kelas... engkau duduk depan aku jer...Aku tak kesah semua tu...janji kita sama-sama belajar dan capai cita-cita kita dulu... Aku ni jenis yang boleh tolak ansur orangnya....


Esoknya kita sekolah seperti biasa. Masa tu 'form six' sibuk buat 'kem kesedaran' untuk budak-budak menengah rendah...malam tidur kat sekolah... besoknya aku 'sakit kepala'... minta tolong engkau belikan 'panadol'...nasib baik lega.. Tamat kem kesedaran..sibuk lagi..., dengan 'exam la,..dengan sukan la..fuh memang memenatkan. Satu malam tu..tetiba je engkau hantar 'sms'...bunyinya macam ni,,"antara kita da tak sehaluan lagi"...akupun tak faham maksud engkau. tak sehaluan sebab apa??? 'memang lansung tak faham'. Yang aku faham..tak mesej sebab nak belajar...


Habis bab itu...da okey balik... Masa tu da sibuk nak 'mid year exam'... Lagi aku tak faham...hari-hari masa exam engkau mesej aku tanya esok exam  paper apa yer??? Begitulah seterusnya...setiap hari..Yang aku pelik...jadual pereksa cikgu bagi aku dah 'photostat' dan dah beri sorang satu...Pelik.."itu ker yang engkau "cakap..stop mesej sebab nak exam. Pasal exampun engkau tak tahu... malam selanjutnya mula buat aku rasa bengang..."kami bergaduh kecil lagi...tiba-tiba  engkau mesej "Mera, cepatlah..esok exam kertas apa??" Sekarang baru aku tahu sebab mengapa perangai engkau berubah... dah layan perempuan lain rupanya... Tak mengapa.., aku sabar lagi sebab engkau cakap mera tu cuma kawan mesej engkau je..tak ada hubungan apa-apa.... 


Bila-bila hari lain kalau tak silap masa cuti sekolah engkau mesej lagi..minta aku lupakan engkau..engkau dah taknak dah nak bercinta-cinta ni sebab nak belajar..nak exam.. Aku tak kesahpun..aku tak pernah kaco-kaco engkaupun hantar mesej. Dua kali engkau cakap benda yang sama..minta aku lupakan engkau....Last-last engkau minta maaf balik sebab engkau kata.., engkau silap sebab dengar pendapat kawan...aku ni asyik bersabar jer..... Hari-hari lain kalau mesejpun semua menyakitkan hati aku jer.. Da cakap tak nak mesej sebab nak study...study jer lah...jangan bagi orang tekanan... bila aku 'naik geram'..aku minta engkau pula lupakan aku pula...Mula-mula engkau macam terima lepas tu engkau merayu dan cakap..semoga kita dapat perbaiki hubungan kita kembali... Engkau cakap engkau tak ada pompuan lain selain aku..engkau tak curangpun dengan aku... 


Minggu pertama cuti sekolah..masa tu cikgu ada buat kelas tambahan kat sekolah....disebabkan nak perbaiki perhubungan aku ambil hati engkau dengan  pakai tudung pemberian hari jadi yang engkau beri...pagi tu aku lihat engkau macam gembira je tengok aku pakai pemberian engkau...sebelah petang semasa aku tengah tusyen engkau hantar mesej menyakiti hatiku.... Engkau suruh aku padam gambar-gambar engkau kat fb lah, engkau kata aku kurang ajar lah...terganggu betul tusyen aku hari itu ...sedih dan seribu satu macam lagi....bingung...kadang-kadang rasa macam aku bercinta dengan orang sakit jiwa...mungkin sebab selama menjalinkan hubungan dengan aku engkau sering 'bersumpah' dan berbohong dengan aku...pasal itulah engkau jadi macam ni...macam-macam engkau berjanji dengan aku..bersumpah tak akan contact lagi 'bekas awek' engkau...engkau 'contact' jugak...Siang aku teman engkau kat 'hospital' masa engkau  kena denggi..malam engkau contact dengan 'bekas awek'...sampai 'bekas awek' engkau tulis status kat fb tentang engkau..berbunyi mcm ni;"Hari ini ex-bf aku call aku, dier kena demam denggi.Bila sakit jer, ingat aku...ada awek...macam tak tak ada awek"..geram betul aku baca status tu...da berapa kali engkau buat aku sakit hati...dan da berapa kali aku bersabar.... Tapi petang itu selepas tusyen aku da tak boleh bersabar lagi...banyak hari aku berfikir masak-masak....engkau asyik menggaggu fikiran aku jer...mcm ni ke yang engkau katakan..berhenti mesej..sebab nak exam???? Bila aku habis fikir, aku ingin pulangkan semua barang-barang engkau pada ku... Aku minta nasihat salah seorang guru kat sekolah...Diapun beri pendapat yang sama..masa tu ada kelas tambahan lagi... Walaupun aku ada mesej engkau minta ambil barang-barang engkau tapi engkau tak datang..aku mesej lagi..kalau engkau tak datang aku nak hantar sendiri kerumah
engkau. Akhirnya..engkau akur...Aku letak beg yang berisi barang-barang yang engkau beri pada aku dalam raga motorsikal engkau dan terus berlalu...Aku tak menoleh ke belakang dah...cuma yang aku dengar samar-samar dari belakang  engkau ucap 'terima kasih' dengan nada sebak... engkau ingat aku tak sebak ke...da cukup-cukup engkau sakiti hatiku, tipu aku dan bersumpah dengan aku...bukan aku suruhpun engkau bersumpah..Engkau sendiri yang buat.., engkau sendiri yang tak larat nak patuhi sumpah yang engkau buat.


Lepas aku dah pulangkan barang-barang engkau.., aku da tak peduli da engkau nak jadi apapun jadilah.., tapi itu kata-kata masa tengah geram....tak sampai di hatipun. Bila da lega aku balik fikirkan engkau, fikirkan kenapa boleh jadi macam ni..fikirkan apa da jadi dengan engkau dan macam-macam lagi tapi bila ingat balik mesej engkau yang menyakitkan hati....terus aku keraskan hati... Engkaupun langsung tak peduli aku...Lansung tak reti nak minta maaf kat aku tapi bila ingat yang engkau dah ada awek baru...aku pujuk hati aku sendiri...biarlah dia..mungkin sibuk mesej dengan awek baru...mana pedulikan aku...


Sementara itu kat fb kakak engkau ada mesej aku, bertanya khabar tentang hubungan aku dengan engkau... Aku cerita segalanya tanpa segan silu sebab sebelum ni engkau ada bawa aku jumpa kakak-kakak engkau. Kakak engkaupun tak tahu nak kata apa-apa...cuma dia manasihati aku supaya bersabar dan tumpukan pada pelajaran, sebab stpm dah kian hampir. Hari yang lain abang ipar engkaupun ada mesej aku tanya hal yang sama... Diapun beri nasihat yang sama. Aku betuah sebab dapat 'suport' dari ramai orang termasuk, family, guru-guru yang rapat dan teman-teman...Insyallah aku akan cuba.


Cuti sekolah da tamat...esoknya aku 'start' sekolah semula. Aku berdoa..semoga aku tabah kat sekolah. kat sekolah engkau asyik toleh-toleh kat belakang pandang aku jer..rasa rimas ada gerampun ada, macam kat muka aku ni ada 'nota pelajaran' je gayanya ..sesekali dengar engkau menyanyi lagu jiwang orang putus cinta yang di dendangkan oleh penyanyi kumpulan, kalau tak silap aku"Andai Dapat Ku Undur Masa"-AXL'L. Kadang-kadang aku dengar sok sik, sok sik kat kawan sebelah... kata aku yang salah...'nak kata aku jugak yang salah'...tapi tak nak pula cerita siapa yang mulakan.. Hari-hari macam tu lah yang terpaksa aku tanggung kat sekolah.. Apa tujuan engkau tengok-tengok aku lagi??? Da ada awek baru, buatlah cara da ada awek...pandang aku buat apa???


Bila-bila di hari yang lain aku dengar kawan-kawan sekelas aku sembang-sembang(gosip) engkau dating dengan awek baru kat tempat letak motor. Walaupun aku sedih tapi aku buat seolah-olah aku tak dengar apa-apa. Entah macamana aku dengar engkau melenting.." Korang ni tak habis-habis nak musnahkan hidup aku je...Dari aku ada awek sampai aku da tak ada apa-apa dengan awek aku..korang masih nak sibuk-sibuk hal aku...saja je nak hubungan aku lagi teruk"....Aku malas nak dengar.., senyap-senyap aku lari pergi ke surau dan duduk diam-diam kat situ sampai semuanya reda...Dalam hati aku bebisik.."tahu pulak nak bela diri sendiri...selama 'caple' dengan aku dulu tak tahu pulak nak bela diri bila orang kata. Pelik betul.


Hari yang lain aku dengar kawan-kawan gosip engkau date lagi kat tempat letak motor. Aku sabar je banyak-banyak. Lantak engkau la apa engkau nak buat...engkau ada hak....Masalahnya jangan ganggu hidup aku lagi....


Entah apa 'motif' engkau..ada budak 'india' dalam kelas tu beritahu aku 'budak perempuan' tu bukan awek dia..tapi 'sepupu' dia... sedap sikit hati aku. Rasa macam aku nak baik balik dengan engkau..Ada lah aku tegur engkau sepatah. Lepas tu aku bagi salinan 'nota' graf kat engkau dengan tulis sikit nota.."good luck for stpm, study smart dan take care. Gembira betul engkau masa tu..da macam 'kerang busuk' aku tengok...hehehe


Sehari dua lepas tu Aku dengar lagi kawan-kawan gosip yang engkau jumpa awek lagi kat tempat biasa...Sedih aku dengar..Baru je aku nak berjinak-jinak balik engkau buat buat hal lagi...Sedih hati aku hanya Tuhan yang tahu..Petang tu waktu aku online..Abang ipar engkau ada tegur aku kat mesej. Tanya khabar aku??? Peluang ini aku ambil untuk bertanya satu-satunya soalan yang aku keliru. Aku takut aku silap. Aku tanya abg ipar engkau betul ke mera tu sepupu engkau? Diapun tak kenal siapa...katanya yang dia tahu "Mera" tu awek  baru engkau...(engkau yang cakap, katanya) Soalan dah terjawab..apa yang aku tak pasti kini sudah jelas. Sedihnya hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu...nampak sangat engkau tak habis-habis nak membohongi aku je kerjanya. Sekarang baru aku faham kenapa engkau beriya-iya sangat takut aku ada contact abang ipar engkau dulu... Tak mengapalah...engkau buat lah apa yang engkau nak buat cukup-cukup. Layan la seberapa ramai perempuan yang engkau suka...kitapun dah tak ada apa-apa hubungan dah...


Cukup-cukup dah engkau buat aku menderita..."kebaikan yang aku curahkan selama ini engkau tak hargai langsung... Tak mengapalah..aku tak kesah semua itu...semoga selepas ini engkau bahagia dengan 'sidia'.., teman barumu. Jangan jadikan 'dia' patung atau boneka..macam engkau buat padaku dulu... Belajarlah memberi kasih sayang...jangan asyik nak menerima sahaja...




Hidup perlukan pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
kejayaan pula menentukan kebahagiaan
Semoga Allah meredhaiku.......

2 comments:

misz H said...

panjang citer nye.ish3.
elok beno jodoh dia dgn kobau tu

Qasehnur Chenta said...

Da tengah ada idea, perah la kat sini..hehe. Xpe la...bukan jodoh aku... Aku da terima ketentuan Tuhan dan aku redha atas segalanya....