Busy...Busy...
Macam ni la aku sekarang ni, busy memanjang... lepas tamat tingkatan enam ni start je awal tahun ni aku da mula mengajar tadika kat tadika swasta, belah petang pulak aku sibuk dgn perniagaan kecil-kecilan yang aku jalankan sebagai menambah pendapatan aku...hehehe. pasal itulah dah lama aku tak update status aku kat blog ni. Sabtu ni nak try berniaga minuman dekat salah sebuah sekolah di sekitar gunung rapat. harap berjaya dan dapat rezeki lebih. Nak tunggu peluang sambung belajarpun lambat lagi, maybe dalam bulan Julai baru tahu keputusannya. kalau berjayapun bulan September baru kena daftar masuk. Sementara masa terluang ni lebih baik aku buat kerja2 berfaedah disamping menambah pendapatan diri sendiri..:).
Harap-harap dapat lah aku sambung belajar semula kat mana2 pengajian tinggi bagi menyambung cita-citaku juga cita-cita familyku. Kesian mereka yang ingin sangat aku dapat sambung belajar semula. Bersabarlah ye mak, ayah...ada rezeki tak ke mana. aku mengharapkan doa restu kalian berdua. Tampa doa restu kalian berdua siapalah aku di dunia ini....
MOTIVASI DARI EMOSI.........
Emosi adalah kuasa terhebat, wujud dalam diri Anda.
Emosi ibarat sungai air sungai mengalir.
Arah alirannya terpulang pada Anda, sama ada mengalir ke arah positif atau mengalir ke arah negatif.
Kenapa emosi menjadi kuasa terhebat?
Ia mendorong seseorang, ia juga akan menjatuhkan seseorang.
Emosi positif seperti rasa cinta, bahagia, rasa bersyukur, rasa bersemangat dan rasa berinspirasi mendorong Anda bertindak.
Emosi negatif seperti dendam, marah, sakit hati, benci, dengki, cemburu, kecewa, hampa, meruntuhkan motivasi. Kesemua rasa negatif ini membuat Anda merana. Anda tidak ada dorongan untuk bertindak melakukan apa-apa.
Kekadang bila marah, Anda bertindak secara membabi buta.
Untuk menjadikan Anda bermotivasi mengejar kejayaan, wujudkan emosi-emosi positif.
Wujudkan lalu kekalkan, sekekal mungkin, selama mungkin, serap menjadi sikap Anda.
Lakukanlah pelbagai cara supaya Anda sentiasa di dampingi oleh emosi positif. Rasa cinta, rasa bahagia, rasa seronok melakukan sesuatu, rasa gembira dan rasa kesyukuran akan membuat Anda ada motivasi.
Rasa cinta (love), rasa seronok (passion) dan rasa kesyukuran adalah getaran emosi positif yang paling kuat. Kebanyakan orang berjaya ada ketiga-tiga emosi ini dalam diri mereka.
Alhamdulillah tips ini mampu membimbing kite supaya lebih berpositif dalam memikirkan
sesuatu perkara..:-) Selamat beramal......
Alhamdulillah tips ini mampu membimbing kite supaya lebih berpositif dalam memikirkan
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)

















































