BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MOTIVASI DARI EMOSI.........

Emosi adalah kuasa terhebat, wujud dalam diri Anda.
Emosi ibarat sungai air sungai mengalir.
Arah alirannya terpulang pada Anda, sama ada mengalir ke arah positif atau mengalir ke arah negatif.
Kenapa emosi menjadi kuasa terhebat?
Ia mendorong seseorang, ia juga akan menjatuhkan seseorang.
Emosi positif seperti rasa cinta, bahagia, rasa bersyukur, rasa bersemangat dan rasa berinspirasi mendorong Anda bertindak.
Emosi negatif seperti dendam, marah, sakit hati, benci, dengki, cemburu, kecewa, hampa, meruntuhkan motivasi. Kesemua rasa negatif ini membuat Anda merana. Anda tidak ada dorongan untuk bertindak melakukan apa-apa.
Kekadang bila marah, Anda bertindak secara membabi buta.
Untuk menjadikan Anda bermotivasi mengejar kejayaan, wujudkan emosi-emosi positif.
Wujudkan lalu kekalkan, sekekal mungkin, selama mungkin, serap menjadi sikap Anda.
Lakukanlah pelbagai cara supaya Anda sentiasa di dampingi oleh emosi positif. Rasa cinta, rasa bahagia, rasa seronok melakukan sesuatu, rasa gembira dan rasa kesyukuran akan membuat Anda ada motivasi.
Rasa cinta (love), rasa seronok (passion) dan rasa kesyukuran adalah getaran emosi positif yang paling kuat. Kebanyakan orang berjaya ada ketiga-tiga emosi ini dalam diri mereka.


Alhamdulillah tips ini mampu membimbing kite supaya lebih berpositif dalam memikirkan 
sesuatu perkara..:-) Selamat beramal......




           

0 comments: